Berita Terkini

Fenomena Gerhana Bulan Separa

GERHANA BULAN SEPARA HIASI LANGIT MALAYSIA .
Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan jenis separa yang akan bermula sekitar lewat malam 7 ogos 2017 sehingga menjelang terbit fajar 8 ogos 2017 .
keadaan menyebelahi kita di Malaysia untuk gerhana bulan kali ini kerana dapat menikmati pemandangan menarik keseluruhan fasa gerhana iaitu daripada ia bermula sehingga berakhir .

Waktu keseluruan fasa gerhana :-

- Jasad bulan mula memasuki bayangan penumbra bumi .
* 11:50 PM ( 07 ogos 2017 )

- Jasad bulan mula memasuki bayangan umbra bumi .
* 01:22 AM ( 08 ogos 2017 )

- Kemuncak gerhana bulan separa .
* 02:20 AM ( 08 ogos 2017 )

- Jasad bulan keluar sepenuhnya daripada bayangan umbra bumi .
* berakhirnya fasa gerhana separa .
* 03:18 AM ( 08 ogos 2017 )

- Jasad bulan keluar sepenuhnya daripada bayangan penumbra bumi .
* keseluruhan fasa gerhana berakhir .
* 04:50 AM ( 08 ogos 2017 )

keseluruhan fasa gerhana bulan separa iaitu ketika bulan berada di dalam bayangan umbra bumi adalah sekitar 1 jam 55 minit .

Bagaimana gerhana bulan separa berlaku ? :

gerhana bulan separa berlaku apabila kedudukan bumi berada di antara bulan dan matahari  tetapi tidak berada pada ketepatan  satu garis lurus sempurna .

keadaan ini menyebabkan hanya sebahagian jasad bulan dilindungi bahagian tengah bayangan bumi yang dipanggil umbra . 

manakala , 
sebahagian lagi jasad bulan pula dilindungi bahagian tepi bayangan bumi iaitu penumbra .
..
Perlukah alatan khas untuk menyaksikan fenomena ini seperti mana ketika menyaksikan gerhana matahari ?
tidak seperti gerhana matahari yang memerlukan alatan khas , gerhana bulan separa dapat disaksikan walau hanya menggunakan mata kasar  tetapi  untuk pemandangan yang lebih menarik , digalakkan untuk menggunakan alat bantu optik seperti binokular atau teleskop .
jika terlepas peluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan kali ini , kita di Malaysia akan dapat menyaksikannya sekali lagi pada 31 januari 2018 pula tetapi waktu itu akan berlakunya gerhana bulan penuh . 
sekian . 
Wallahu A'lam . 
jom mencerap .
" Majulah Falak Untuk Ummah "
sumber rujukan :
- falakonline.net
- eclipsewise.com
- timeanddate.com
- www.angkasa.gov.my

No comments