Berita Terkini

Misi, Visi, Objektif Dan Matlamat

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :

Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.

Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.


MISI PPIM

Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.

Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.

Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.


OBJEKTIF

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-

1.1  Melahirkan satu masyarakat muda yang
Taat kepada Allah, Raja dan Negara
      Berilmu
      Berakhlak mulia
      Berbakti kepada masyarakat

1.2  Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah,   berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan  yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3  Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.

1.4  Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.


MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :

Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri.

Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.

Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.

Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

3 comments: